Thursday, 10 September 2015

Gangguan hormon punca tiroid

Posted By: Unknown - 00:49
PERNAHKAH anda melihat seseorang dengan keseluruhan saiz leher yang lebih besar daripada biasa? Kadangkala ada juga individu mengalami benjolan di bahagian tertentu di leher.
Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.

Perunding Bedah Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, banyak faktor menjadi punca penyakit tiroid. Antaranya ialah kekurangan iodin dalam makanan yang perlu bagi penghasilan hormon tiroid.

Sel tiroid satu-satunya sel dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodin daripada makanan yang dicerna. Kelenjar tiroid akan membesar dalam usaha menambah pengeluaran hormon.

Menurutnya, ada tiroid dipanggil Autoimmune Graves Disease (penyakit Graves) iaitu bengkak disebabkan gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid. Hormon yang keliru menyerang pertahanan tubuh diri sendiri.

Menurutnya, di Malaysia, kes tiroid lebih banyak berpunca daripada penyakit Graves. Penyakit Graves menyebabkan kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas boleh dilihat dengan jelas.

Kadangkala, ada pesakit mengalami bengkak di sekeliling mata, sekali gus merubah wajah asal. Ada masalah tiroid disebabkan baka atau keturunan tetapi kes seumpama itu tidak banyak.

Individu berusia 40 tahun ke atas dan wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit tiroid. Kadangkala, penyakit tiroid dialami wanita hamil kerana lebih banyak hormon tiroid diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, bengkak itu bersifat sementara dan akan hilang selepas wanita melahirkan anak.

Bengkak di leher terlalu besar tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri kanser tiroid. Dalam keadaan serius, kanser tiroid menyebabkan seseorang itu sukar bernafas kerana bengkak berkenaan menghalang saluran pernafasan.

“Bengkak keseluruhan pada leher tidak begitu membimbangkan, tetapi jika bengkak yang muncul tidak sekata, ia perlu diberi perhatian kerana sel bertukar menjadi lebih aktif dan menjadi tiroid nodul.

“Pemeriksaan ultra sound boleh menentukan sama ada bengkak berkenaan nodul atau sebaliknya. Rawatan dijalankan dengan menyedut sel nodul dengan jarum kecil,” katanya.

Dr Chan berkata, ujian darah dilakukan bagi memastikan sama ada hormon terlalu tinggi atau rendah.

“Jika bengkak terlalu lama, hormon tiroid akan menjadi rendah, misalnya tiroid itis (jika bertahun-tahun). Kekurangan hormon tiroid dalam tubuh akan diatasi dengan pengambilan ubatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan kes penyakit Graves atau thyroiditis akan dirawat dengan pengambilan ubat bagi mengurangkan atau menambahkan pengeluaran hormon, manakala pesakit yang diserang kanser tiroid akan dibedah.


Punca:




  • kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
  • kehamilan - Ini kerana keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ini bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran
  • goitrogen - elak memakan makanan mentah seperti sayur kubis serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid
  • radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid
  • genetik
  • Autoimmune Graves Disease


    Gejala hyperthyroidism:
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • ubuh badan lemah
  • osteoporosis


    Gejala hypothyroidism:
  • kurang tenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • nafsu seks turun
  • suara serak
  • - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Gangguanhormonpuncatiroid/Article#sthash.hlWIMV9g.dpuf

    About Unknown

    Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

    Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.

    OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.


    KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
    Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
    PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
    Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
    (kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)

    Anda boleh menghubungi saya melalui :

    012 - 356 3720

    0 comments:

    Post a Comment

    Copyright © 2015 i OptiPlus Sihat 4u

    Designed by | Distributed By Gooyaabi Templates | Edited Design and developed by Puteri Grocer