Pengenalan
Gout adalah sejenis
penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
·
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang
dipanggil purin.
·
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
·
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan
berkumpul di dalam sendi.
·
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak
zaman dahulu kala lagi.
·
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini
dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
·
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30
hingga 60 tahun.
·
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
·
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
·
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
·
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
·
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun
begitu menyeksakan.
·
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2
minggu untuk reda jika tidak dirawat.
·
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
·
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut,
pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
·
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil
’tophi’
·
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu
karang’.
·
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan
lain seperti:
o
Kegemukan
o
Darah tinggi
o
Hiperlipidemia
o
Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu
penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk
mengatasinya.
Rawatan serangan akut
·
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
·
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan
sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika
digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
·
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat
berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan:
Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
·
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi
doktor)
o
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap
tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak
boleh diambil berpanjangan.
·
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan
awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout
disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah
mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk
mengeluarkan asid urik yang berlebihan
·
Mengelakkan minuman keras
·
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang
tinggi
·
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin
yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah
disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
|
KURANGKAN MAKAN
|
·
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
·
Ikan bilis, kembung, sardin
·
Daging cincang
·
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
·
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
|
·
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
·
Peanuts, lentil, beans and peas
·
Poultry
·
Roti jagung dan bijirin
|
Pencegahan
·
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
·
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit
yang berhubungkait dengan gout
·
Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
·
Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
·
Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh
menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan
berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
·
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
·
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout
merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini,
dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
·
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Jika anda
memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits
Foundation Malaysia di www.afm.org.my
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
0 comments:
Post a Comment