Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu
memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan
berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih
tenang dan gembira.
Walau bagaimanapun, kehamilan boleh
menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam
nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian.
Hanya
sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah
diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal.
Kebanyakan
wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa
kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi
sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan
gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya. Di bawah ini saya akan
bincangkan beberapa masalah kecil yang sering dialaminya oleh wanita
hamil, dan bagaimana cara mengatasinya.
Penjagaan Waktu Mengandung
Tujuan utama jagaan waktu mengandung ialah menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi sehingga selamat melahirkan anak.
Setiap
pasangan kelamin patut mempunyai rancangan tetapi pembangunan keluarga
mereka. Jika boleh, sediakan rancangan lima tahun. Tegasnya setiap
kehamilan adalah hasil rancangan lima bukan sebagai satu kemalangan atau
tidak disengajakan. Sebelum kehamilan berlaku, wanita berkenaan sudah
bersedia dengan memenuhi beberapa syarat yang tersebut di bawah ini.
Muntah-Muntah Dan Loya
Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.
Keadaan
ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita
tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad
yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah,
lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan
pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia
merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau
ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar
sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.
Masalah muntah
ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak
lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat
banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam
kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di
masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang
mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah
satu gejala yang sementara sahaja.
Pada kebiasaannya ia reda
apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga
sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga
melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah
khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk
menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami
keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor,
kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.
Ketika
keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya
berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti
makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil.
Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu
dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh
menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan
itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau
sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak
benar.
Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi
masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat
tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang
dikandungnya.
Kulit Perut Pecah
Perut
yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan
pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah
wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks
menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat
umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini
disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan
menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan
dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan
keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak
menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan
menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir
kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus
kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi
kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu
pernah hamil dan melahirkan anak.
Bisa Hati / Gastric
Seringkali
juga wanita yang hamil mengalami bisa hati atau gastric. Ini disebabkan
oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi
lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membear menekan pada perut
menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan
kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati. Masalah ini mudah
diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong
dengan memakan makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini
menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi
ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium
trisillicate.
Urat Kaki Timbul
Masalah
urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan
wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua
factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat
menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi
kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran
darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung
menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.
Masalah
ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat
nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins dan
ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita
memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu
dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah
kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga
dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia
dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah
dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.
Bengkak Kaki
Bengkak
kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak
menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan
bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar
daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan
tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi
protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan
ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak
diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani
pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu
mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang
disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada
ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat
secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu
pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.
Tangan Kebas
Sesetengah
wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat
akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi
menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang
vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan
vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan
dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.
Sakit Pinggang Dan Belakang
Sakit
pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang
hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur
kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang
mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang
baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil
ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja,
kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti
sediakala selepas bersalin.
Tegang Otot / Kejang Otot
Cramps
atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada
peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan
kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh
kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu
hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam
darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan
harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga
memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.
Sembelit
Sembelit
kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan
tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika
hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan
makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika
boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik
bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit
ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku.
Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika
sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan
khususnya ialah dengan menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur
untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas
kelahiran anak.
Ada juga masalah yang dialami ketika hamil itu
memerlukan rawatan segera. Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu,
tetapi janin yang dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada
tanda-tanda seperti berikut:
Pendarahan
Pendarahan
daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang
berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang
dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan
keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir
kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan
uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin
menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau
kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan
ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa.
Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat
rawatan yang selanjutnya.
Masalah Air Kencing
Ketika
hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya,
wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada
saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh
mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku
di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun
tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh
rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku
pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.
Di
peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi
menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku.
Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh
jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu
hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung
untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah
dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing
boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku,
menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku,
rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga
mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa
diberikan ialah ubat antibiotik.
Keputihan
Wanita
yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari
kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang
lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian
jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat
menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman
yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang
digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan
lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam
kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat
antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah
diberi perhatian yang rapi.
*Sumber