Pernah dengar tentang chia seed?
Apakah itu chia seed
Ia adalah benih yang boleh dimakan yang berasal dari sejenis tumbuhan padang pasir iaitu Salvia Hispanica. Ia ditanam di Mexico sejak budaya Maya dan Aztec.
"Chia" ini bermaksud kekuatan. Mereka mengatakan bahawa dengan memakan chia akan memberi mereka kekuatan dan tenaga.
|
Chia seed yang didakwa boleh memberikan kekuatan |
Apakah kandungan dalam chia seed?
Setiap 1 ounce (28 gram = 2 sudu besar) chia seed mengandungi :
- Fiber : 11 g
- Protein: 4 g
- Fat: 9g (5g adalah Omega 3)
- Kalsium: membekalkan 18% daripada yang diperlukan diet harian kita (RDA)
- Manganese: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
- Magnesium: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
- Chia seed juga mengandungi sedikit kandungan Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) dan Vitamin B2.
1 ounce chia seed je dapat membekalkan 137 kalori dan 1g karbohidrat yang boleh dihadamkan. Menarik kan?
Yang paling bestnya, chia seed adalah "whole grain food" yang selalunya ditanam secara Organic.
Apakah 10 Kebaikan Chia Seed?
- Melawan diabetes dengan melambatkan
penghadaman. Selaput lendir pada luar chia seed apabila terdedah kepada
air boleh mengelakkan 'blood sugar spikes'
- Membekalkan fiber yang banyak untuk keperluan seharian
- Sumber Omega-3 asid lemak. Lemak ini sangat penting untuk kesihatan otak.
- Menguatkan gigi dan tulang
- Manganese yang ada dalam chia seed membantu badan kita menggunakan nutrien seperti biotin dan thiamin
- Fosforus yang ada dalam chia seed
ini membantu penyerapan kalsium secara optimum dan mengelakkan
berlakunya penimbunan kalsium yang boleh menyebabkan batu karang dan
heart attack
- Diperkaya dengan protein dan tiada kolesterol
- Melawan lemak di perut yang menyebabkan buncit.
- Rasa cepat kenyang dan kenyang berpanjangan. Ini sagat bagus untuk mereka yang nak diet
- Memperbaiki kesihatan jantung.
Menurut Cleveland Clinic, chia seed memperbaiki tekanan darah kepada
pesakit diabetes, juga meningkatkan kolesterol baik dalam darah dan
mengurangkan kolesterol jahat, LDL dan triglyceride cholesterol dalam
darah.
Jadi jom amalkan mengambil chia seed
setiap hari. Paling muda, rendamkan 2 sudu besar chia seed ke dalam
sebotol air suam dan minum sepanjang hari!
|
Chia Seed boleh dipelbagaikan cara pengambilannya |
Saya akan kongsikan juga cara membuat overnight oat yang sungguh yummy dengan menambahkan chia seed ke dalamnya.
Kalau untuk anak-anak boleh la dibuat aiskrim.
Semoga bermanfaat!
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
0 comments:
Post a Comment