Thursday, 10 September 2015
Awas diabetes jenis 1
Posted By: Unknown - 23:56
SELAMA
ini kita banyak disogokkan dengan diabetes militus jenis 2 yang biasa dihidapi
oleh pesakit dewasa dan tidak banyak menyentuh tentang diabetes jenis 1 atau
diabetes awal remaja biasanya di bawah 18 tahun.
Kajian
menunjukkan ramai selebriti luar negara didiagnosis diabetes jenis 1 seperti
ahli kumpulan Jonas Brothers, Nick Jonas yang disahkan menghidap diabetes jenis
1 ketika baru berusia 13 tahun, ketika kumpulannya sedang di kemuncak kejayaan.
Pensyarah
dan Pakar Perunding Endokrinologi, Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Norlaila
Mustafa berkata, diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat yang mana
paras glukos dalam darah adalah tinggi.
“Diabetes
jenis 1 boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia tetapi ia paling kerap
didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak, remaja atau muda biasanya di bawah usia
15 tahun,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Pusat Perubatan UKM,
baru-baru ini.
Diabetes
jenis 1 berlaku apabila organ pakreas tidak dapat atau menghasilkan insulin
dalam kuantiti sangat sedikit.
Insulin
adalah hormon yang dihasilkan oleh sel khas yang dipanggil sel beta dalam
pankreas yang terletak di bahagian belakang perut.
Insulin
diperlukan untuk membawa gula dalam darah ke sel di mana ia disimpan dan
kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga.
“Tanpa
insulin yang cukup, glukosa yang terdapat di dalam aliran darah tidak dapat
masuk ke dalam sel, dan tubuh tidak dapat menggunakan glukosa untuk
menghasilkan tenaga menyebabkan berlaku simptom diabetes jenis 1,” katanya
lagi.
Dr.
Norlaila berkata, punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Mungkin
disebabkan oleh gangguan autoimun yang mana sistem imunisasi badan memusnahkan
sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya sel yang menghasilkan hormon insulin
yang berfungsi mengubah glukosa kepada tenaga.
“Jangkitan
atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh silap menyerang sel beta di
pankreas yang menghasilkan insulin,” katanya.
Diabetes
jenis 1 sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja berusia kurang 15
tahun malah peratusannya mungkin 90 peratus.
Bagaimanapun
tidak banyak kajian tentang diabetes jenis 1 di negara ini dan data paling
terkini adalah pada tahun 2007.
“Pesakit
diabetes jenis 1 boleh hidup normal asalkan mereka menerima suntikan insulin
tetapi mereka boleh menghadapi maut jika tidak menerima suntikan insulin dengan
segera.
“Ini
kerana badan akan menguraikan sumber tenaga lain seperti lemak bagi
menggantikan glukos. Lemak terurai menghasilkan keton yang akan masuk ke dalam
darah dan air kencing,” katanya.
Gula yang
tinggi dalam darah akan menyebabkan badan menjadi terhidrasi dan air kencing
akan keluar dengan banyak.
Ini
menyebabkan asid dalam darah semakin tinggi dan biasanya pesakit akan
dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Jika
keadaan berlarutan, pesakit kencing manis mungkin koma dan maut jika tidak
dirawat segera. keadaaan ini dinamakan ketoasidosis,” katanya.
- See
more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/awas-diabetes-jenis-1-1.19829#sthash.HmK9qJ7K.dpuf
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment