Thursday, 10 September 2015
Fibroid tidak kenal usia
Posted By: Unknown - 20:04
Fibroid
yang membesar dan menyebabkan ketidakselesaan pada pesakit perlu dibuang
melalui pembedahan.
Ramai
yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita berumur sekitar 30 tahun
ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang
sudah mencapai umur akil baligh.
Kebanyakan
wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala
atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang
mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan
bilangan fibroid.
Pakar
Perunding Obsetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Adilah
Ahmat berkata, wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang
berkaitan dengan rahim, tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika
ia mendatangkan masalah kepada mereka.
“Fibroid
ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang
satu peratus fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil Sarkoma.
“Lebih 50
peratus wanita mengalaminya, namun daripada mereka tidak tahu pun mereka
mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor
mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid," katanya
ketika ditemui baru-baru ini.
Begitupun,
ia tidak berbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh
berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil
tetapi dalam bilangan yang banyak.
Beliau
menambah, tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai
ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot
rahim.
Lazimnya,
fibroid membesar secara perlahan-lahan dan tanpa simptom.
Lokasi
fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah, dan dalam akan memberi gejala
berbeza kepada penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh
seseorang.
Dr.Adilah
berkata, terdapat lima jenis fibroid iaitu fibroid sidemucosa, fibroid
intramyometrium, fibroid subserosa, fibroid broad ligament, dan fibroid
servikal.
“Jika
fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid
subserosa) tetapi jika ia terbonggol ke dalam (fibroid sidemucosa), ia akan
mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid
dalam jumlah yang banyak.
“Fibroid
yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan
menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali
tidak dapat mengawal kencing.
“Jika hal
ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan
menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi
kencing.
“Jika
membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia
mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit.
"Apabila
ini berlaku, sepatutnya mereka berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan
dan rawatan selanjutnya," katanya.
Beliau
menambah, wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung
kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar,
ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk
hamil.
“Ibu yang
mempunyai fibroid di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara
pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.
“Bagaimanapun
pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia
akan menyebabkan risiko pendarahan," katanya.
Dr.
Adilah menegaskan, sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz yang kecil pesakit
tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada
masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang
ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
“Jika ia
tidak berbahaya, mengapa mahu melakukan pembedahan berulang kali, Sebenarnya
pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan
hormon estrogen yang menggalakkan pembesaran ketulan fibroid.
“Pembedahan
juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak kerana
rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama," ujarnya.
Ujarnya,
biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi
saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa.
Fibroid
perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda tersebut.
Beliau
menambah, doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar
sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan
ketidakselesaan.
Pengeluaran
darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekalan darah
baharu kerana kekurangan darah, juga digalakkan untuk membuang fibroid.
Katanya,
fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang
boleh menyebabkan jangkitan kuman, juga perlu dibuang.
Katanya,
wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu,
kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai
bahan utama selain amalan gaya hidup yang sihat.
-
NURSYAMIMI SAIDI
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment