Friday, 11 September 2015
Tidak sarapan undang diabetes
Posted By: Unknown - 01:07
LONDON, 3
Sept. 2014 - Tabiat tidak mengambil sarapan pagi secara sihat dalam kalangan
kanak-kanak boleh mengundang risiko menghidap penyakit diabetes apabila usia
mereka meningkat dewasa, lapor satu kajian oleh pakar pemakanan Britain.
Portal
berita Mail Online yang memetik kajian pakar pemakanan tiga pusat pengajian,
Universiti Oxford, Cambridge, Glasgow dan St George menunjukkan, risiko
tersebut boleh berlaku disebabkan tahap insulin dalam badan kanak-kanak, sekali
gus menjadi faktor utama penyakit tersebut.
Dalam
jurnal sains, PLOS Medicine, pakar yang mengetuai kajian berkenaan, Dr. Angela
Donin dari Universiti St George di London berkata, tahap insulin yang tinggi
menyebabkan badan kanak-kanak kurang bertindak-balas terhadap perkembangan
hormon yang kebiasaannya akan mengawal jumlah gula dalam aliran darah.
Jelas
Angela, penyakit diabetes boleh berlaku apabila badan individu tidak bertindak
balas ke atas kandungan gula dalam badan atau kurang menghasilkan hormon itu.
Tambahnya,
kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan secara sihat lebih cenderung untuk
makan makanan yang mengundang kegemukan pada waktu tengah hari atau malam
selepas kajian sebelum ini mendapati hampir tiga juta penduduk Britain
menghidap penyakit diabetes yang dikaitkan dengan corak pemakanan dan gaya
hidup.
"Cara
yang terbaik untuk mengelakkan gejala ini berlaku, kanak-kanak digalakkan
mengambil bijirin pada waktu sarapan yang merupakan juadah terbaik untuk
menentang penyakit diabetes.
"Tabiat
mengambil sarapan pagi pada setiap hari boleh mengurangkan gejala pengambilan
makanan ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan menyebabkan risiko
penyakit diabetes," katanya.
Dalam
pada itu, Pengarah pusat kajian penyakit diabetes, Diabetes UK yang membiayai
kajian terbabit, Dr. Alasdair Rankin berkata, lebih banyak penyelidikan perlu
dijalankan bagi mengaitkan penyakit tersebut dengan pengambilan sarapan.
"Amalan
sarapan secara sihat dalam kalangan kanak-kanak sebagai diet seimbang boleh
mendapat banyak manfaat bagi mengelakkan golongan itu terdedah kepada
penyakit," katanya.
- See
more at:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tidak-sarapan-undang-diabetes-1.2710#sthash.TUrWwHUp.dpuf
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment