Friday, 11 September 2015
Bahaya katarak pada kanak-kanak
Posted By: Unknown - 03:47
Boleh menyebabkan buta, rencat tumbesaran otak
Katarak atau penyakit selaput mata ialah
keadaan di mana terdapat tompok-tompok pada kanta yang dikatakan kelegapan
menyebabkan gangguan kepada penglihatan manusia. Ini kerana, kanta mata
bersifat lut sinar dan apabila terdapat keadaan keruh menyebabkan berlakunya
gangguan penglihatan.
Lazimnya,
katarak mata sinonim berlaku kepada golongan dewasa. Namun katarak juga boleh
berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang biasa dikenali sebagai katarak
kongenital.
Katarak
tersebut berlaku sejak bayi berada di dalam kandungan ibunya apabila
pembentukan kanta mata tidak normal iaitu kabur dan tidak lut sinar.
Penyakit
ini boleh berlaku sama ada kepada perempuan atau lelaki dan boleh berlaku pada
satu mata atau kedua-dua belah mata kanak-kanak.
Apa yang
dibimbangkan, katarak yang berlaku kepada kanak-kanak memberi kesan yang lebih
buruk berbanding orang dewasa atau warga emas.
Ini
kerana, kejadian katarak menyebabkan perkembangan otak kanak-kanak terganggu
kerana usia dari lahir hingga dua tahun pertama, merupakan tempoh masa terbaik
untuk perkembangan mata dan otak kanak-kanak.
Masalah
katarak tidak boleh diambil mudah kerana apa sahaja yang dilihat kanak-kanak
secara visual akan diproses ke otak bagi membolehkan visual itu dibaca dan
diterjemahkan.
Namun,
jika proses berkenaan tidak dapat dibuat ekoran mereka mengalami masalah
penglihatan, ini akan menyebabkan otak gagal memproses imej tersebut serasi
dengan keupayaan mata yang normal.
Menurut
Konsultan Oftamologi KPJ Kajang, Dr. Saira Fairma Ismail Mokhtar, keadaan
itu menyebabkan kejadian lazy eye atau mata malas kerana mata penghidap katarak
tidak boleh melihat objek dengan jelas.
Ini
sekali gus mengganggu proses penglihatan yang membawa kepada ketidakmampuan
mengenal huruf, membaca dan menulis.
Katanya,
lebih membimbangkan, keadaan mata malas itu boleh menyebabkan kecacatan mata
kekal seperti rabun dan buta serta gangguan pembelajaran.
Tambah
beliau, keadaan katarak terbahagi kepada tiga jenis kejadian iaitu katarak
kongenital (ketika dilahirkan), katarak developmental (perkembangan tumbesaran)
dan katarak trauma (disebabkan kejadian kemalangan).
“Lazimnya kejadian katarak mata
berlaku kepada golongan dewasa, namun keadaannya berbeza kerana katarak yang
berlaku kepada golongan berkenaan disebabkan faktor usia dan penuaan.
“Katarak pada kanak-kanak pula
disebabkan daripada pelbagai punca antaranya, mempunyai sejarah keluarga
katarak atau disebabkan jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella,
syphilis, toxoplasmosis dan herpes.
“Penghidap sindrom Down juga
berisiko mendapat katarak kongenital selain disebabkan kejadian penderaan,
kemalangan di bahagian mata, hentakan ketika terjatuh, gegaran di sekitar
kawasan mata dan kecederaan ketika kelahiran misalnya penggunaan forseps yang
mungkin tertekan pada bahagian mata bayi.
“Jika kejadian ini berlaku sama
ada di awal kelahiran atau dua bulan selepas kelahiran, ibu bapa perlu terus
merujuk pakar mata dengan segera agar rawatan dapat diberikan dengan cepat bagi
mengelakkan kesan yang lebih buruk,” katanya.
Menurut
Dr. Saira Fairma, katarak boleh dirawat dengan syarat masalah itu perlu dikesan
awal serta mendapat rawatan dengan segera, jika tidak masalah katarak menjadi
lebih buruk pada usia kanak-kanak melepasi dua tahun iaitu pada tahap
kematangan maksimum mata.
Kaedah
rawatannya pula adalah melalui pembedahan kerana katarak tidak dapat dirawat
melalui ubat-ubatan biasa serta tradisional.
“Bagi rawatan peringkat awal,
kanak-kanak itu perlu menjalani pemeriksaan secara menyeluruh bagi memastikan
tahap penglihatan mereka. Jika kita dapati mereka mempunyai masalah katarak
yang serius, kita akan menyarankan pembedahan.
“Jika katarak dikesan ketika
masih bayi, pembedahan perlu dilakukan seawal usia bayi berkenaan dua bulan
terutama bagi katarak yang mengganggu paksi penglihatan. Usia dua bulan adalah
usia yang paling baik untuk pembedahan dilakukan kerana selalunya kematangan
mata berlaku secara maksimum sehingga umur kanak-kanak itu dua tahun.
“Ini bermakna, jika pembedahan
dibuat ketika itu, potensi untuk kematangan untuk pulih adalah tinggi dan
risiko mata untuk mendapat gangguan penglihatan adalah rendah,” ujarnya.
Jelas
beliau, dalam kes tertentu, ada juga katarak yang berlaku gagal dikesan ibu
bapa sehingga umur kanak-kanak berkenaan mencecah dua tahun.
Begitu
pun, belum terlambat untuk masalah katarak dirawat kerana kematangan mata
kanak-kanak masih boleh berlaku sehingga usia lapan tahun, cuma mendapat
rawatan lebih awal adalah lebih baik bagi mengelakkan risiko buta.
“Bila lambat buat pembedahan,
mata kanak-kanak itu telah ada sindrom mata malas, jadi walaupun katarak itu
sudah dibuang mata mereka tetap gagal melihat dengan jelas.
“Untuk pembedahan katarak kita
ada tiga pilihan, pertama, dengan memasukkan kanta mata tiruan yang mempunyai
keupayaan melihat seperti kuasa mata biasa bagi menggantikan kanta mata asli
yang telah menjadi keruh.
“Pilihan kedua ialah menggunakan
cermin mata bagi menggantikan fungsi kanta mata asal, tetapi biasanya cermin
mata itu sangat tebal kerana mata telah tiada kanta.
“Pilihan ketiga pula, dengan
menggunakan kanta sentuh. Kaedah ini lebih sesuai memandangkan bola mata serta
kuasa pada kanta mata bayi berbeza dan akan berubah semasa bayi itu membesar.
Kanta sentuh tersebut perlu ditukar mengikut perubahan kuasa mata bayi dan
keperluan penglihatan mereka, menjadikannya ideal sementara menunggu usia yang
sesuai untuk memasukkan kanta tiruan,” jelasnya.
Begitu
pu, jelas Dr. Saira Fairma, pilihan rawatan pertama iaitu pembedahan memasukkan
kanta tiruan adalah paling disyorkan dan terbaik untuk kanak-kanak.Lazimnya
katarak yang telah dibuang tidak akan berulang.
Tambah
beliau, kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan katarak perlu mendapat
rawatan lanjut oleh pakar mata dari masa ke semasa bagi memastikan perkembangan
mata mereka baik selepas melalui proses pembedahan.
Dalam
pada itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar lebih peka kepada keadaan
mata anak-anak bagi membolehkan katarak dikesan dengan lebih awal kerana
pengesanan awal dapat menyelamatkan penglihatan anak mereka.
Ini
kerana jelasnya, mengikut statistik, dalam 10,000 kelahiran, terdapat tiga
hingga empat bayi di negara ini yang mungkin mengalami katarak yang berpotensi
menyebabkan kebutaan.
“Kegagalan ibu bapa mengesan
kehadiran katarak pada anak-anak mereka pada usia awal boleh menyebabkan mereka
mengalami kebutaan.
“Justeru, ibu bapa perlu peka
dengan anak-anak mereka kerana kelewatan mereka mengesan atau mendapatkan
rawatan sangat merugikan kanak-kanak itu.
“Ramai beranggapan operasi
pembedahan yang dilakukan ketika bayi berusia dua bulan membahayakan bayi
berkenaan. Itu tidak benar sama sekali, sebaliknya adalah masa terbaik untuk
pembedahan dilakukan memandangkan pada usia itu bayi mula mengenal dan
meneroka, jika penglihatan mereka terganggu ketika usia itu, maka seluruh
perkembangan otak mereka juga terjejas,” katanya.
- See
more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bahaya-katarak-pada-kanak-kanak-1.83941#sthash.wi86qSSU.dpuf
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment