Sebut
sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang
tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia
diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional
berasaskan herba.
Terdapat
dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’
yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya,
pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan
khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur
peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai
banyak khasiat.
Bagi
mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum
dimasak.
Habitat
pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana
mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya
berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur,
bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit
yang berkedut-kedut.
Berdasarkan
kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu
badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan
56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain
kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor
yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
- Caranya ialah dengan
meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis.
Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh
membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing
manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba
meminum perahan daunnya.
Perahan
yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir.
- Caranya ialah
mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama
sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun
pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera
makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin
untuk menambah susu badan.
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
0 comments:
Post a Comment