Friday, 11 September 2015
Diabetes berisiko diwarisi kepada ahli keluarga
Posted By: Unknown - 01:40
KOTA
BHARU, 9 Nov. 2014 – Ibu bapa yang mengidap diabetes wajib memantau kesihatan
anak masing-masing kerana mereka mempunyai kira-kira 60 peratus risiko untuk
mewarisi penyakit itu biarpun pada usia muda.
Pengerusi
Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Kelantan, Datuk Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar
berkata, penyakit itu juga boleh mendedahkan anak-anak penghidap diabetes
kepada pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung dan buah pinggang tanpa
disedari.
“Risiko
itu juga semakin tinggi pada masa kini kerana gaya hidup golongan muda sudah
berubah yang mana kurang melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar bermain
gajet sahaja.
“Selain
itu, faktor pemakanan terutama makanan segera membuatkan kebanyakan golongan
muda berdepan dengan masalah berat badan yang juga membabitkan penyakit
diabetes,” katanya selepas sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri
Kelantan anjuran PDM Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang
Kerian, di sini semalam.
Wan
Mohamad memberitahu, cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut adalah
dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan sihat sejak di bangku sekolah seperti
yang dilakukan kerajaan Singapura.
“Jumlah
pesakit diabetes di negara ini adalah yang tertinggi berbanding negara Asia
Tenggara lain.
Masalah
ini secara tidak langsung memberi kesan kepada produktiviti (tenaga kerja)
rakyat di negara ini selain kerajaan perlu menampung perbelanjaan tinggi bagi
merawat diabetes dan komplikasi lain akibat daripada penyakit ini.
“Sebab
itu kita perlu bertindak dari peringkat awal dengan mengawal kualiti makanan di
kantin sekolah rendah dan menengah. Langkah ini terbukti berkesan di Singapura
apabila negara itu dapat mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak
seterusnya menurunkan bilangan pesakit diabetes,” katanya.
- See
more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/diabetes-berisiko-diwarisi-kepada-ahli-keluarga-1.22763#sthash.QDcmmJ4X.dpuf
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment