Latest Releases

Showing posts with label diabetes. Show all posts
Showing posts with label diabetes. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Adakah Anda Menunggu Seperti Ini, Barulah Anda Berhenti Makan GULA!


ADAKAH NK TUNGGU JD MCM NI BARU ANDA NAK BERHENTI MKN GULA???
MENCEGAH lebih mudah dan lebih murah dari MERAWAT.
Tuan punya kaki ni baru berumur 30 thun lebih saja.



Read »

Thursday, 17 September 2015

10 Rahsia Chia Seed Yang Kita Tidak Tahu

Pernah dengar tentang chia seed?

Apakah itu chia seed

Ia adalah benih yang boleh dimakan yang berasal dari sejenis tumbuhan padang pasir iaitu Salvia Hispanica. Ia ditanam di Mexico sejak budaya Maya dan Aztec. 

"Chia" ini bermaksud kekuatan. Mereka mengatakan bahawa dengan memakan chia akan memberi mereka kekuatan dan tenaga.
Chia seed yang didakwa boleh memberikan kekuatan

Apakah kandungan dalam chia seed?

Setiap 1 ounce (28 gram = 2 sudu besar) chia seed mengandungi :
  • Fiber : 11 g
  • Protein: 4 g
  • Fat: 9g (5g adalah Omega 3)
  • Kalsium: membekalkan 18% daripada yang diperlukan diet harian kita (RDA)
  • Manganese: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Magnesium: membekalkan 30% daripada yang diperlukan diet harian kita
  • Chia seed juga mengandungi sedikit kandungan Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) dan Vitamin B2.
1 ounce chia seed je dapat membekalkan 137 kalori dan 1g karbohidrat yang boleh dihadamkan. Menarik kan?

Yang paling bestnya, chia seed adalah "whole grain food" yang selalunya ditanam secara Organic.

Apakah 10 Kebaikan Chia Seed?

  1. Melawan diabetes dengan melambatkan penghadaman. Selaput lendir pada luar chia seed apabila terdedah kepada air boleh mengelakkan 'blood sugar spikes'
  2. Membekalkan fiber yang banyak untuk keperluan seharian
  3. Sumber Omega-3 asid lemak. Lemak ini sangat penting untuk kesihatan otak. 
  4. Menguatkan gigi dan tulang
  5. Manganese yang ada dalam chia seed membantu badan kita menggunakan nutrien seperti biotin dan thiamin
  6. Fosforus yang ada dalam chia seed ini membantu penyerapan kalsium secara optimum dan mengelakkan berlakunya penimbunan kalsium yang boleh menyebabkan batu karang dan heart attack
  7. Diperkaya dengan protein dan tiada kolesterol
  8. Melawan lemak di perut yang menyebabkan buncit.
  9. Rasa cepat kenyang dan kenyang berpanjangan. Ini sagat bagus untuk mereka yang nak diet 
  10. Memperbaiki kesihatan jantung. Menurut Cleveland Clinic, chia seed memperbaiki tekanan darah kepada pesakit diabetes, juga meningkatkan kolesterol baik dalam darah dan mengurangkan kolesterol jahat, LDL dan triglyceride cholesterol dalam darah.
Jadi jom amalkan mengambil chia seed setiap hari. Paling muda, rendamkan 2 sudu besar chia seed ke dalam sebotol air suam dan minum sepanjang hari! 
Chia Seed boleh dipelbagaikan cara pengambilannya
Saya akan kongsikan juga cara membuat overnight oat yang sungguh yummy dengan menambahkan chia seed ke dalamnya. 

Kalau untuk anak-anak boleh la dibuat aiskrim.

Semoga bermanfaat!
 
 
 
 


 
Read »

Monday, 14 September 2015

Biji Rambutan untuk pesakit Kencing Manis

UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS - KAJIAN TELAH MEMBUKTIKAN YANG UBAT TERBAIK UNTUK BEBAS DARIPADA PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES) ADALAH BIJI BUAH RAMBUTAN.

Cara penggunaannya. :
  1. Ambil 5 biji (seeds) rambutan.
  2. Goreng.
  3. Tumbuk sehingga hancur menjadi tepung.
  4. Campurkan dengan air sejuk dan minum.
  5. Minumlah beberapa kali dalam sehari. Amalkan.
Penggunaan biji rambutan untuk membebaskan penderitaan pesakit kencing manis tahap 2 telah terbukti berjaya. Kajian yang dilakukan di Eropah telah membukti berjaya membebaskan penderitaan seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 diseluruh dunia pada tahun 2014. Kita rakyat Malaysia cukup bertuah kerana memiliki buah tersebut dinegara sendiri.

Kurangkan pergantungan kepada insulin dan ubatan farmasi. Pesakit kencing manis sentiasa merasa semakin bimbang, apabila melihat penurunan berat badannya. Jangan bimbang, kerana kehilangan berat badan tersebut,adalah cara badan memberi isyarat kepada otak, untuk kita mengubah gaya hidup dan pemakanan harian kita. Amalkan pemakanan yang sihat.

Diabetes tahap 2, bukanlah hukuman mati kepada pengidapnya. Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan yang tertera diatas, InshaAllah. Bebaskan diri kita daripada diabetes.

Sebarkan dan berkongsilah berita baik ini kepada rakan-rakan kita. Sekadar berkongsi


*Sumber diambil dari Whatsapp



Read »

Friday, 11 September 2015

Peria bersihkan darah



Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba. 


Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.

Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.

Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. 

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. 

Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 

  • Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. 

 Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya. 

Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. 

  • Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir. 

 Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.









Read »

Diabetes berisiko diwarisi kepada ahli keluarga



KOTA BHARU, 9 Nov. 2014 – Ibu bapa yang mengidap diabetes wajib memantau kesihatan anak masing-masing kerana mereka mempunyai kira-kira 60 peratus risiko untuk mewarisi penyakit itu biarpun pada usia muda.

Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Kelantan, Datuk Dr. Wan Mohamad Wan Bebakar berkata, penyakit itu juga boleh mendedahkan anak-anak penghidap diabetes kepada pelbagai komplikasi lain seperti sakit jantung dan buah pinggang tanpa disedari.

“Risiko itu juga semakin tinggi pada masa kini kerana gaya hidup golongan muda sudah berubah yang mana kurang melakukan aktiviti fizikal dan lebih gemar bermain gajet sahaja.

“Selain itu, faktor pemakanan terutama makanan segera membuatkan kebanyakan golongan muda berdepan dengan masalah berat badan yang juga membabitkan penyakit diabetes,” katanya selepas sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat ne­geri Kelantan anjuran PDM Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini semalam.


Wan Mohamad memberitahu, cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan sihat sejak di bangku sekolah seperti yang dilakukan kerajaan Singapura.

“Jumlah pesakit diabetes di negara ini adalah yang tertinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.
Masalah ini secara tidak langsung memberi kesan kepada produktiviti (tenaga kerja) rakyat di negara ini selain kerajaan perlu menampung perbelanjaan tinggi bagi merawat diabetes dan komplikasi lain akibat daripada penyakit ini.

“Sebab itu kita perlu bertindak dari peringkat awal dengan mengawal kualiti makanan di kantin sekolah rendah dan menengah. Langkah ini terbukti berkesan di Singapura apabila negara itu dapat mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menurunkan bilangan pesakit diabetes,” katanya.




Read »

Tidak sarapan undang diabetes



LONDON, 3 Sept. 2014 - Tabiat tidak mengambil sarapan pagi secara sihat dalam kalangan kanak-kanak boleh mengundang risiko menghidap penyakit diabetes apabila usia mereka meningkat dewasa, lapor satu kajian oleh pakar pemakanan Britain. 

Portal berita Mail Online yang memetik kajian pakar pemakanan tiga pusat pengajian, Universiti Oxford, Cambridge, Glasgow dan St George menunjukkan, risiko tersebut boleh berlaku disebabkan tahap insulin dalam badan kanak-kanak, sekali gus menjadi faktor utama penyakit tersebut.
 
Dalam jurnal sains, PLOS Medicine, pakar yang mengetuai kajian berkenaan, Dr. Angela Donin dari Universiti St George di London berkata, tahap insulin yang tinggi menyebabkan badan kanak-kanak kurang bertindak-balas terhadap perkembangan hormon yang kebiasaannya akan mengawal jumlah gula dalam aliran darah.

Jelas Angela, penyakit diabetes boleh berlaku apabila badan individu tidak bertindak balas ke atas kandungan gula dalam badan atau kurang menghasilkan hormon itu.

Tambahnya, kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan secara sihat lebih cenderung untuk makan makanan yang mengundang kegemukan pada waktu tengah hari atau malam selepas kajian sebelum ini mendapati hampir tiga juta penduduk Britain menghidap penyakit diabetes yang dikaitkan dengan corak pemakanan dan gaya hidup.

"Cara yang terbaik untuk mengelakkan gejala ini berlaku, kanak-kanak digalakkan mengambil bijirin pada waktu sarapan yang merupakan juadah terbaik untuk menentang penyakit diabetes.

"Tabiat mengambil sarapan pagi pada setiap hari boleh mengurangkan gejala pengambilan makanan ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan menyebabkan risiko penyakit diabetes," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah pusat kajian penyakit diabetes, Diabetes UK yang membiayai kajian terbabit, Dr. Alasdair Rankin berkata, lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan bagi mengaitkan penyakit tersebut dengan pengambilan sarapan.

"Amalan sarapan secara sihat dalam kalangan kanak-kanak sebagai diet seimbang boleh mendapat banyak manfaat bagi mengelakkan golongan itu terdedah kepada penyakit," katanya.






Read »

Thursday, 10 September 2015

Awas diabetes jenis 1



SELAMA ini kita banyak disogokkan dengan diabetes militus jenis 2 yang biasa dihidapi oleh pesakit dewasa dan tidak banyak menyentuh tentang diabetes jenis 1 atau diabetes awal remaja biasanya di bawah 18 tahun.


Kajian menunjukkan ramai selebriti luar negara didiagnosis diabetes jenis 1 seperti ahli kumpulan Jonas Brothers, Nick Jonas yang disahkan menghidap diabetes jenis 1 ketika baru berusia 13 tahun, ketika kumpulannya sedang di kemuncak kejayaan.

Pensyarah dan Pakar Perunding Endokrinologi, Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Norlaila Mustafa berkata, diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat yang mana paras glukos dalam darah adalah tinggi.

“Diabetes jenis 1 boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia tetapi ia paling kerap didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak, remaja atau muda biasanya di bawah usia 15 tahun,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Pusat Perubatan UKM, baru-baru ini.

Diabetes jenis 1 berlaku apabila organ pakreas tidak dapat atau menghasilkan insulin dalam kuantiti sangat sedikit.

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel khas yang dipanggil sel beta dalam pankreas yang terletak di bahagian belakang perut.

Insulin diperlukan untuk membawa gula dalam darah ke sel di mana ia disimpan dan kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga.

“Tanpa insulin yang cukup, glukosa yang terdapat di dalam aliran darah tidak dapat masuk ke dalam sel, dan tubuh tidak dapat menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga menyebabkan berlaku simptom diabetes jenis 1,” katanya lagi.

Dr. Norlaila berkata, punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Mungkin disebabkan oleh gangguan autoimun yang mana sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya sel yang menghasilkan hormon insulin yang berfungsi mengubah glukosa kepada tenaga.

“Jangkitan atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh silap menyerang sel beta di pankreas yang menghasilkan insulin,” katanya.

Diabetes jenis 1 sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja berusia kurang 15 tahun malah peratusannya mungkin 90 peratus.

Bagaimanapun tidak banyak kajian tentang diabetes jenis 1 di negara ini dan data paling terkini adalah pada tahun 2007.

“Pesakit diabetes jenis 1 boleh hidup normal asalkan mereka menerima suntikan insulin tetapi mereka boleh menghadapi maut jika tidak menerima suntikan insulin dengan segera.

“Ini kerana badan akan menguraikan sumber tenaga lain seperti lemak bagi menggantikan glukos. Lemak terurai menghasilkan keton yang akan masuk ke dalam darah dan air kencing,” katanya.

Gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan badan menjadi terhidrasi dan air kencing akan keluar dengan banyak.

Ini menyebabkan asid dalam darah semakin tinggi dan biasanya pesakit akan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Jika keadaan berlarutan, pesakit kencing manis mungkin koma dan maut jika tidak dirawat segera. keadaaan ini dinamakan ketoasidosis,” katanya.




Read »

Copyright © 2015 i OptiPlus Sihat 4u

Designed by | Distributed By Gooyaabi Templates | Edited Design and developed by Puteri Grocer