Sunday 20 September 2015

Gejala Ketika Hamil Yang Biasa Berlaku

Posted By: Unknown - 19:14
Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.

Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian.

Hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal.

Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya. Di bawah ini saya akan bincangkan beberapa masalah kecil yang sering dialaminya oleh wanita hamil, dan bagaimana cara mengatasinya.

Penjagaan Waktu Mengandung

Tujuan utama jagaan waktu mengandung ialah menentukan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi sehingga selamat melahirkan anak.

Setiap pasangan kelamin patut mempunyai rancangan tetapi pembangunan keluarga mereka. Jika boleh, sediakan rancangan lima tahun. Tegasnya setiap kehamilan adalah hasil rancangan lima bukan sebagai satu kemalangan atau tidak disengajakan. Sebelum kehamilan berlaku, wanita berkenaan sudah bersedia dengan memenuhi beberapa syarat yang tersebut di bawah ini.

Muntah-Muntah Dan Loya

foto Gejala Ketika Hamil - Muntah-Muntah Dan Loya

Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan.

Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit.

Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja.

Pada kebiasaannya ia reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya.

Ketika keadaan muntah-muntah ini dialami, keinginan terhadap makanan biasanya berkurangan. Sebaliknya dia lebih gemarkan makanan yang aneh seperti makanan yang masam. Kita biasanya menyebut sebagai mengidam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon yang tinggi ketika hamil. Wanita yang mengidam ini selalunya inginkan sesuatu jenis makanan itu dengan segera. Orang-orang tua berpendapat jika suaminya tidak boleh menyempurnakan hajat isterinya yang mengidam itu, anak yang dilahirkan itu nanti cacat. Perkara ini tidak ada asas di segi ilmu perubatan atau sains dan saya sendiri berpendapat cerita seperti ini adalah tidak benar.

Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.

Kulit Perut Pecah

foto Gejala Ketika Hamil - Kulit Perut Pecah dan Merekah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan. Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan. Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.

Bisa Hati / Gastric

foto Gejala Ketika Hamil - Bisa Hati / Gastrik

Seringkali juga wanita yang hamil mengalami bisa hati atau gastric. Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perutnya. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membear menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati. Masalah ini mudah diatasi dengan meminum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan berdikit-dikit tetapi kerapkali. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.

Urat Kaki Timbul

foto Gejala Ketika Hamil - Urat Kaki Timbul

Masalah urat kaki timbul pada kaki ketika hamil lebih kerap terjadi di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Keadaan ini disebabkan oleh dua factor iaitu pertama kandungan hormon kehamilan yang meningkat menyebabkan salurand arah membesar sedikit dan perjalanan darah menjadi kurang pesat. Faktor keduanya, rahim yang membesar menekan pada saluran darah khususnya aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan alirannya menjadi lambat.

Masalah ini boleh mengganggu jika urat timbul dengan banyaknya dan sangat nyata. Kadangkala pembekuan darah boleh berlaku dalam varicose veins dan ini adalah membahayakan kesihatan. Untuk mengatasinya sesetengah wanita memakai elastic stocking, dan jika ia terlalu teruk wanita itu dinasihatkan memakai crepe bandage yang dililitkan di kedua belah kakinya. Wanita yang selalu berdiri ketika menjalankan tugasnya juga dinasihatkan supaya kurang berdiri ketika hamil. Jika boleh ia dinasihatkan lebih banyak berehat dengan berbaring supaya aliran darah dari bahagian kaki dapat mengalir dengan lancar.

Bengkak Kaki

foto Gejala Ketika Hamil - Bengkak Kaki

Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.

Tangan Kebas

foto Gejala Ketika Hamil - Tangan Kebas

Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan. Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Tegang Otot / Kejang Otot

foto Gejala Ketika Hamil - Tegang Otot / Kejang Otot

Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

Sembelit

Sembelit kerap berlaku ketika hamil. Ini disebabkan oleh kelembapan perjalan tali usus berpunca daripada peningkatan hormon progesterone ketika hamil. Masalah sembelit mungkin dapat diatasi dengan menukar bahan makanan iaitu dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jika boleh jenis ulaman. Buah-buahan seperti betik dan pisang adalah baik bagi mengatasi masalah sembelit ketika hamil. Kesan daripada sembelit ini berserta dengan urat timbul di bahagian dubur, buasir akan berlaku. Ini kadangkala menyebabkan pendarahan daripada dubur khususnya jika sembelit itu terusk. Elakkan sembelit dan kalau berlaku, rawatan khususnya ialah dengan menggunakanubat yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengurangkan buasir. Biasanya keadaan ini akan pulih selepas kelahiran anak.

Ada juga masalah yang dialami ketika hamil itu memerlukan rawatan segera. Masalah ini bukan sahaja melibatkan ibu, tetapi janin yang dikandung juga boleh terjejas sekiranya ada tanda-tanda seperti berikut:

Pendarahan

foto Gejala Ketika Hamil - Pendarahan

Pendarahan daripada kemaluan yang berlaku ketika hamil adalah satu keadaan yang berbahaya, ia boleh mengancam kedua nyawa ibu dan bayi yang dikandungnya. Jika ia berlaku di peringkat awal, ini mungkin menandakan keguguran akan atau sedang berlaku. Jika berlaku di peringkat akhir kehamilan, iaitu selepas tujuh bulan, mungkin ia menandakan kedudukan uri di hadapa bayi. Pendarahan di peringkat awal kehamilan juga mungkin menandakan kehamilan luar biasa seperti kehamilan di luar rahim atau kehamilan anggur. Oleh itu setiap wanita yang mengalami pendarahan ketika hamil walaupun sedikit, perlulah bertemu doktor untuk diperiksa. Jika perlu wanita itu mungkin dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.

Masalah Air Kencing

foto Gejala Ketika Hamil - Masalah Air Kencing

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.

Keputihan

foto Gejala Ketika Hamil - Keputihan

Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.


*Sumber

About Unknown

Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.

OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.


KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)

Anda boleh menghubungi saya melalui :

012 - 356 3720

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 i OptiPlus Sihat 4u

Designed by | Distributed By Gooyaabi Templates | Edited Design and developed by Puteri Grocer