Wednesday 9 September 2015

Penyakit Gout Tanda, Rawatan Dan Cara Pencegahannya...

Posted By: Unknown - 21:11
Assalamualaikum,
Ini adalah satu lagi jenis penyakit yang amat membimbangkan kita... kalau dah dia hinggap tu memang susah lah nak sembuh...


Ehsan google..

  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda2 Gout
1. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

2. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

3. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

4. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

5. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

6. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
1. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

2. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

3. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
  • Rawatan serangan akut
  • Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN
  1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  2. Ikan bilis, kembung, sardinDaging cincang
  3. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  4. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  5. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  6. Peanuts, lentil, beans and peas
  7. Poultry
  8. Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
  1. Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  2. Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  3. Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  4. Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  5. Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  6. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  7. Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  8. Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  9. Mengelakkan minuman keras
  10. Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  11. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  12. Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  13. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  14. Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  15. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  16. Minum banyak air
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

*Sumber 1 & 2

About Unknown

Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.

OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.


KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDA
Produk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.
PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.
Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.
(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)

Anda boleh menghubungi saya melalui :

012 - 356 3720

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 i OptiPlus Sihat 4u

Designed by | Distributed By Gooyaabi Templates | Edited Design and developed by Puteri Grocer