- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) selain steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Menjaga berat badan - adalah penting kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
- Elakkan mengambil minuman keras serta elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
- Sesetengah daging binatang, makanan laut dan kekacang mengandungi purin iaitu sejenis protein yang tinggi.
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik normal, iaitu dengan amalan bersenam dan banyak minum air.
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
- Hentikan pengambilan makanan dan minuman mengandungi fruktosa atau pemanis sirap jagung kerana ia adalah antara agen perosak hormon yang merbahaya. Oleh kerana kewujudan pemanis ini adalah secara tersorok dalam makanan pastikan anda membaca label terlebih dahulu sebelum membeli.
- Kesan kerosakan hormon pada tubuh manusia hanya boleh di kesan setelah munculnya penyakit berkenaan. Penyakit yang berlaku mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk muncul namun kesan penyakit sangat merbahaya dan mungkin mengancam nyawa.
Friday 11 September 2015
Fruktosa punca utama gout
Posted By: Unknown - 01:58
Razif terkejut apabila doktor memberitahu bahawa
dia mengidap gout. Rupanya sakit pada jari kaki yang dialami adalah gejala
gout. Sakit yang di rasakan adakalanya berdenyut-denyut sehingga dia terjaga
dari tidur akibat tidak dapat menahan rasa ngilu. Kesukaran mula dirasai
terutama apabila menyarung stoking dan kasut untuk ke tempat kerja. Pada
awalnya dia menyangka sakit tersebut adalah kerana terseliuh. Tambahan pula dia
rajin bermain badminton pada hujung minggu. Kini terjawablah teka-teki yang
bermain di minda. Ujian darah membuktikan bahawa paras asid urik dalam darah
meningkat dan penyakit ini di namakan gout. Menurut kawannya yang juga mengidap
gout, kesakitan akibat gout bukan kepalang dan kadang kala memerlukan suntikan
tahan sakit. Gout juga boleh menjadi punca batu karang mudah terjadi.
Menurut doktor, gout berlaku akibat tubuh gagal
memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti ikan, udang, daging, telur,
kacang dan lain-lain tidak boleh dimakan oleh pengidap gout. Protin dalam
makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik dan seterusnya dipecahkan
menjadi air dan urea. Asid urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh
memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid separa pejal berkumpul pada
celahan tulang dan akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal batu
gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah pinggang dan pundi kencing
membentuk batu karang .
Gout lazimnya menyerang
ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan
tersangat sakit apabila gout menyerang.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap
kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan
selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau
sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu
atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut,
pergelangan tangan dan jari.
Fruktosa dan gout
Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca
kepada masalah gout. Ini kerana ramai antara pengidap gout meskipun berpantang
makan tetap juga mendapat serangan.
Selain protin, pengambilan minuman beralkohol,
minuman bergula tinggi dan makanan proses yang menggunakan pemanis sirap jagung
berfruktosa tinggi (HFCS), adalah antara penyebab utama gout.
Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di
Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat dan lebih manis berbanding
gula biasa. Tetapi saintis berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah punca
kepada pelbagai jenis penyakit.
Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout
ini sejak beberapa dekad lalu terutama di negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat sejak peningkatan penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan
minuman bergula terutamanya sirap jagung berfruktosa tinggi.
Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan
paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout. Fruktosa
akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku
peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit
sendi gout.
Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga
dan diproses sebagai urik asid. Selain itu ia juga mengganggu hormon dopamine
dalam otak hingga menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa berlaku. Fruktosa
juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam
darah dan ini punca terjadinya sindrom metabolik dan menyumbang kepada kencing
manis.
Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit
gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging,
udang, sotong, kekacang dan sebagainya tanpa nasihat supaya mengawal minuman
bergula, buah-buahan manis serta jus yang mempunyai kandungan fruktosa tinggi.
Fruktosa ialah satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras
asid urik dalam darah.
Pencegahan
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/fruktosa-punca-utama-gout-1.41730#sthash.aZKAsB6a.dpuf
About Unknown
Optiberry dan OptiPlus ialah campuran unik daripada ekstrak
bluberry liar, strawberry, cranberry, bilberry liar, elder dan biji raspberry. Ia dikenali atas sifatnya yang dapat meningkatkan kesihatan dengan kandungan anthocyanin yang tinggi. Setiap ekstrak berry memiliki sifat fisiologi dan biokimia yang unik, mempunyai fungi yang berbeza dan mendatangkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.
Antara berry yang terpilih, Optiberry dan OptiPlus mempunyai kandungan anthocyanin yang bertahap piawai termasuk malvidin, cyanidin, delphinidin dan petunidin dalam nisbah aktif biologi.
OptiPlus dihadirkan didalam bentuk "Sachet" dan ianya mempunyai kekuatan 3x ganda berbanding Optiberry yang hadir dalam bentuk tablet.
KAMI HADIR UNTUK MEMBERI PILIHAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN ANDAProduk Optiplus & Optiberry TIDAK bertujuan MERAWAT atau MENYEMBUH sebarang penyakit.PRODUK INI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DAN IA SESUAI DIJADIKAN IKHTIAR ALTERNATIF SELAIN DARI MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL & NASIHAT DOKTOR.Jadikan ini sebagai sebahagian usaha kita untuk sihat kerana kuasa PENYEMBUHAN DAN NIKMAT KESIHATAN tetap di tangan ALLAH SWT.(kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza)
Anda boleh menghubungi saya melalui :
012 - 356 3720
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
!====found1s>!====found1s>
0 comments:
Post a Comment