Latest Releases

Thursday, 17 September 2015

8 Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Tonsil

Tonsil dan Rawatannya

Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.

Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin. 

Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.

Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.

Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.

Apakah Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil

  • Air Garam

  • Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. 
  • Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
  • Cara:
    • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
    • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
    • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

  • Lemon

  • Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
  • Cara:
    • Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
    • Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

  • Daun Selasih

  • Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
  • Cara:
    • Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
    • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
    • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

  • Kunyit

  • Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni. 
  • Cara:
    • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
    • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
    • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
    • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.

  • Kayu manis

  • Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
  • Cara:
    • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
    • Campurkan dua sudu teh madu
    • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
    • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu

  • Daun Pudina

  • Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
  • Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
  • Cara:
    • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
    • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
    • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
    • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis

  • Halba

  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
  • Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
  • Cara:
    • Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
    • Renehkan selama 30minit
    • Biakan sejuk
    • Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh

  • Biji Carom

  • Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
  • Cara:
    • Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
    • Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
    • Angkat dari api
    • minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
Semoga bermanfaat!
 
 
 
Read »

Merawat Masaalah Allergy dengan Berkesan



AR (rinitis alergi) adalah sejenis penyakit alergy.

Penyebab AR  ialah faktor di luar rumah seperti udara panas sejuk atau tercemar, kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai, haiwan peliharaan, tungau, habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat di dalam rumah.

Orang yang menghidap AR sering mengalami mata berair, hidung berair, gatal-gatal tekak dan selalu bersin.

Contoh kes penyakit AR adalah seperti berikut :

Rokiah sering jatuh sakit, batuk, demam dan gatal pada tangan dan kaki sejak lima bulan lalu. Puas Ramlah dan suami berikhtiar dan menemui beberapa doktor untuk bertanyakan pendapat tetapi tiada perubahan.


Pada suatu hari, Ramlah membawa Rokiah pulang bercuti ke kampung di Pahang. Ramlah berasa pelik kerana beberapa hari di sana sudah ada perubahan pada anaknya. Penyakit Rokiah sembuh dengan sendirinya. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, penyakit Rokiah kembali menyerang. Apabila diajukan perkara ini kepada pakar, Ramlah dan suami diberitahu kemungkinan anak mereka mengalami alahan. Setelah dilakukan kajian, debu yang berpunca daripada karpet dan sofa yang jarang dibersihkan menjadi penyebab alergi Rokiah.


AR ada dua jenis

  1. AR berlaku kurang daripada empat hari dalam minggu. Kemudian sembuh. AR jenis ini masih ringan dan belum kronik. 
  2. AR berlarutan berlaku lebih daripada empat hari dalam seminggu dan selama lebih empat minggu berturut-turut tanpa henti. AR jenis kronik.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut NGO yang terlibat ialah Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI)

Rawatan di klinik atau hospital. 

Aerius D-12 merupakan ubat yang memberi kelegaan kepada penghidap AR tanpa menyebabkan berasa mengantuk. Ubat ini merawat simptom alahan seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sama ada dari semasa ke semasa ataupun sepanjang tahun.

Selain dari ubat klinik dan hospital ada tak cara lain untuk mengubati penyakit AR ?

Berdasarkan pengalaman saya merawat penyakit,  orang yang mengalami sakit AR akan sembuh selepas 1-7 hari  amalkan makan bayam masak air bersama dengan nasi putih.

Organ badan yang sakit adalah kerana bekalan mineral dan vitamin  berkurangan dalam badan anda. Untuk menambah bekalan mineral dan vitamin dalam badan, makanlah sayuran yang betul yang boleh menyembuhkan penyakit.

Jadi jangan anda merasa taksub. Hanya doktor sahaja yang boleh memberikan khitmat nasihat kesihatan dan hanya doktor sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit. Penyakit anda mungkin tidak akan sembuh jika mendapat nasihat yang tidak tepat. Anda mungkin menghabiskan wang beribu ringgit tetapi penyakit tidak juga sembuh sepenuhnya.










 
Read »

Diabetes Ketika Hamil : Punca & Kesannya - Dr. Muhammad Izzat

Diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat.

Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.


 Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan?

Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil?
Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.

Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu. Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat?
Jika anda menghidapi Diabetes ketika mengandung, anda perlukan rawatan susulan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, pakar perubatan/ endokrinologi, pegawai zat makanan dan jururawat diabetes. Anda akan diminta supaya membuat rawatan susulan lebih kerap untuk pemeriksaan.

Yang penting ketika menghidapi Diabetes adalah memastikan tabiat permakanan yang sihat dan senaman. Kebiasaanya Diabetes ketika mengandung dapat dikawal dengan kawalan diet atau permakanan sahaja.

Walau bagaimanapun, daripada 5 ibu yang menghidapi Diabetes, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda memerlukan rawatan insulin, jururawat Diabetes akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh melakukannya.

Ibu-ibu tidak perlu risau, seharunya  kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan pegawai zat makanan/ dietitik mengenai pemilihan makanan yang berkhasiat untuk anda dan bayi anda, dalam masa yang sama dapat mengawal paras gula pada tahap yang memuaskan.

Bagaimanakan proses kelahiran saya nanti? Bilakah saya akan diminta untuk bersalin?
Ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, akan diminta bersalin pada usia kandungan 38 hingga 40 minggu, mengikut keadaan Diabetes dan kawalan paras gula dalam darah. Cara kelahiran juga akan dibincangkan bersama anda dan pasangan, mengenai kelebihan bersalin biasa, induced labour ataupun pembedahan caesaerean mengikut keadaan Diabetes ibu dan juga anggaran saiz bayi.

Apakah yang perlu saya lakukan selepas bersalin?
Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran. Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.

Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 di dalam 3 menghidapi Diabetes Jenis 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa ( Fasting Blood glucose ) setahun sekali.

Bagaimana jika saya bercadang untuk hamil sekali lagi selepas ini?
Sebelum bercadang untuk mengandung lagi, pastikan berat badan anda sesuai dengan tinggi anda, mempunyai Indeks Jisim Badan BMI yang ideal, mengamalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat, untuk mengurangkan risiko anda menghidapi sekali lagi Diabetes ketika mengandung.

Jika bercadang untuk mengandung lagi, anda boleh memulakan pengambilan asid folik tambahan 5mg sehari sekali sebelum menghentikan perancangan keluarga dan pada 3 bulan pertama kehamilan. Anda memerlukan preskripsi doktor untuk ubat ini.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin di bawah pengawasan doktor dan petugas kesihatan anda.

Dr. Muhammad Izzat adalah seorang registrar obstetrik dan gineakologi yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Rujukan:
  • Royal College of Obstetricians & Gynaecologist United Kingdom


*Sumber
Read »

Hipertensi Semasa Mengandung

Pengenalan
Hipertensi adalah satu masalah kesihatan yang kerap berlaku di kalangan wanita mengandung.

Hipertensi semasa mengandung adalah terdiri dari beberapa kategori:
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung lagi);
  • Hipertensi akibat mengandung; dan
  • Pra-eklampsia
Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama (sehingga 25% wanita hamil).

Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?
Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?
Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:

Faktor-Faktor Am:
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
Faktor Genetik:
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
Faktor-Faktor Obstetrik
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar
Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.

Faktor-Faktor Perubatan
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)
Peralatan mengukur tekanan darah adalah untuk ukuran standard bagi tekanan darah

Bilakah hipertensi berlaku semasa mengandung?
Hipertensi boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh mengandung. Oleh yang demikian, bacaan tekanan darah perlu diambil setiap kali wanita hamil mendapatkan rawatan susulan di klinik.

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) selalunya dikesan pada peringkat awal kehamilan (trimester pertama). Lazimnya individu ini tidak mengalami sebarang gejala dan tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah mengandung, di mana tekanan darah yang tinggi tersebut dikesan semasa lawatan antenatal.

Bagi golongan yang muda, andaian bahawa hipertensi yang dihidapi adalah jenis hipertensi primer (essential hypertension) tidak boleh dibuat, tanpa pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sebab yang menyebabkan hipertensi sekunder seperti Sindrom Cushing's, Sindrom Conn's dan phaeochromocytoma. Wanita dengan hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) adalah berisiko untuk turut mendapat pra-eklampsia, bayi yang kecil berbanding umur (small for gestational age) dan placental abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Golongan wanita ini memerlukan rawatan oleh kerana risiko kejadian pra-eklampsia dianggarkan dua kali ganda.

Hipertensi akibat mengandung
Berbanding dengan kategori di atas, hipertensi akibat mengandung dan pra-eklampsia lazimnya dihidapi pada separuh terakhir kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin. Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia (seperti yang dinyatakan di bawah).

Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan, kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat hipertensi akibat mengandung.

Pra-eklampsia
Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal. Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.

Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di bahagian perut, loya, muntah, atau odema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki). Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil langkah awal untuk mendapatkan rawatan.

Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi, ia boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap pra-eklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan), pembantutan tumbesaran dan kematian.

Eklampsia
Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala-gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia (kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria.

Remaja hamil berisiko lebih 3 kali ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema (kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.

Saringan & Pemeriksaan Klinikal
Hipertensi boleh didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik >140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik >90 mmHg. Sebarang kejadian tekanan darah tinggi yang dikesan semasa pemeriksaan perlu diambil secara serius, dan ujian saringan bagi protinuria (protin dalam air kencing) perlu dilakukan bagi mengesan kemunculan pra-eklampsia. Protinuria (yang signifikan) boleh didefinisikan sebagai >300 mg proti, atau ujian di dalam sampel urin 24-jam atau spot urine protein-creatinine ratio >30 mg/mmol. Jika hanya ujian urin dipstick sahaja yang mampu dilakukan, keputusan 1+ (atau 30mg/dl) boleh disamakan dengan >300 mg/day protinuria. Selain dari pemantauan tekanan darah dan protinuria, odema turut dikaitkan dengan kejadian pra-eklampsia. Pemantauan fungsi buah pinggang dan hati juga perlu dilakukan bagi mengelakkan komplikasi yang lain.

Wanita hamil yang berisiko tinggi memerlukan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi, serta rujukan awal kepada doktor pakar.

Kawasan saringan di klinik antenatal
Mengukur tekanan darah dilakukan secara rutin di klinik antenatal

Rawatan Klinikal
Wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat hipertensi semasa mengandung iaitu yang pernah mengidap hipertensi semasa mengandung dahulu, mengidap penyakit hipertensi kronik, sakit buah pinggang dan diabetes mellitus harus mengambil aspirin 75mg sekali setiap hari dari minggu ke 12 hingga hendak melahirkan. Ada bukti klinikal yang menunjukkan aspirin boleh memberi manfaat untuk kumpulan wanita yang mengandung ini.

Ubatan yang lazim digunakan adalah Methyldopa dan Labetolol. Wanita yang menghidapi hipertensi sedia ada (sebelum mengandung) mungkin perlu menukarkan ubatan yang mereka ambil memandangkan Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan Angiotension Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa mengandung. Rawatan hipertensi semasa mengandung adalah bertujuan untuk keselamatan wanita yang mengandung itu sendiri. Rawatan tidak mengurangkan risiko kejadian pra-eklampsia atau kematian janin atau membantu tumbesaran janin. Pemeriksaan saringan untuk mengesan sebab-sebab lain yang menyebabkan hipertensi perlu dilakukan sekiranya hipertensi dikesan sebelum 20 minggu tempoh kehamilan. Selepas 16 minggu tempoh kehamilan, pemeriksaan saringan bagi mengesan hipertensi perlu dilakukan ke atas semua wanita yang mengandung tanpa mengira umur dan lain-lain faktor risiko.

Sasaran rawatan mungkin berbeza dari satu ke satu klinik. Untuk memastikan peredaran darah di dalam sistem darah uri-janin tidak terganggu, tekanan darah diastolik mestilah tidak kurang dari 90 mmHg. Jika pra-eklampsia terjadi, tidak kira sama ada sedikit ataupun serius, rujukan kepada doktor pakar obstetrik adalah wajib, dan pesakit diberikan rawatan dengan kerjasama pakar perubatan keluarga. Bagi kes yang tiada komplikasi, wanita tersebut dibenarkan bersalin pada tempoh kehamilan 38 hingga 40 minggu. Bagi semua kes-kes eklampsia pula, wanita ini perlu dirawat di hospital pakar, yang mempunyai unit rawatan rapi neonatal yang baik. Keputusan untuk melahirkan bayi awal perlu dilakukan oleh doktor pakar obstetrik dengan mengambil kira semua fakta klinikal bagi setiap kes.

Penjagaan selepas bersalin
Semua wanita yang mengidap hipertensi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala di klinik kesihatan yang terdekat selepas bersalin. Lazimnya tekanan darah akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang, namun ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang bagi sesetengah wanita. Pengambilan ubatan bagi mengawal tekanan darah akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat sebelum diberhentikan, dan bukan dengan mengejut. Penggunaan ubat Methyldopa dalam tempoh selepas bersalin adalah tidak dibenarkan oleh kerana risiko kejadian kemurungan yang tinggi.

Ada wanita akan terus mengalami tekanan darah yang tinggi. Oleh yang demikian, pemeriksaan secara berkala adalah amat penting, diikuti dengan rawatan. Wanita yang menghidapi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) boleh kembali mengambil semula ubatan hipertensi yang diambil sebelum mengandung. ACE-I dan ARB adalah selamat untuk diambil oleh wanita yang menyusu badan. Walau bagaimanapun, pengambilan diuretics tidak digalakkan di kalangan wanita yang menyusu badan untuk mengelakkan perasaan kehausan yang melampau. Peningkatan tekanan darah yang tidak terkawal boleh terjadi selepas bersalin dan keadaan ini perlu diambil secara serius oleh kerana ia mungkin satu tanda kejadian eklampsia (yang masih boleh berlaku selepas bersalin). Jika tekanan darah kekal tinggi selepas tiga bulan bersalin, wanita tersebut boleh didiagnosa mengidap hipertensi yang kronik.

Wanita yang berisiko menghidap hipertensi semasa mengandung dan pra-eklampsia adalah turut berisiko mendapat penyakit jantung (atau kardiovaskular) apabila umur mereka semakin meningkat. Oleh yang demikian mereka perlu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan susulan secara berkala sepanjang hayat mereka. Semua wanita yang menghidap hipertensi sebelum mengandung perlu memastikan tekanan darah mereka terkawal dengan baik selama tiga bulan sebelum bercadang untuk mengandung lagi.

Kompromi janin boleh terjadi jika tekanan darah tinggi semasa kandungan diurus dengan baik
Ciri-ciri Pra-Eklamsia Akut
 

*Sumber
Read »

10 Fakta Unik Tentang Bersin

Ada sesetengah orang akan bersin bila waktu pagi, jenis ini kemungkinan kerana ada penyakit resdung. Ada sesetengah orang akan bersin bila ada habuk di sekiling mereka. Selain itu, ada juga disebabkan oleh demam atau selsema.
 


Jom Baca 10 Fakta Unik Tentang Bersin.

Fakta 1 :
Bersin merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung dari benda-benda asing dengan cara hembusan angin yang kuat dari paru-paru keluar tubuh baik melalui hidung atau pun mulut.

Fakta 2 :
Udara yang terhembus ketika kita mengalami bersin mempunyai kecepatan hingga 160 km per jam.

Fakta 3 :
Seseorang yang bersin sanggup melontarkan ratusan ribu kuman ke udara sekitarnya.

Fakta 4 :
Alis di sekitar mata kita ternyata memiliki hubungan dengan syaraf di sekitar hidung, akibatnya bila kita mencabuti alis maka akan memicu terjadinya bersin pula.

Fakta 5 :
Di saat tidur tubuh kita dalam kondisi istirahat begitu juga saraf di sekitar hidung, jadi ketika tidur hampir tidak mungkin kita akan mengalami bersin. Kalau tidur kita tidak akan bersin.

Fakta 6 :
Bekerja berat sehari penuh dapat memicu bersin. Mengapa demikian ? Karena setelah bekerja berat, mulut dan hidung kita dalam keadaan kering sehingga hidung akan memproduksi lendir berlebih yang bisa menyebabkan bersin pula.

Fakta 7 :
Meski bisa ditahan sebelum terjadi, bersin tak dapat dihentikan apabila sudah keluar. Apabila agan tetap nekat menahannya, jangan salahkan Rendra apabila gendang telinga agan rusak dan bola mata agan keluar. :ngeri

Fakta 8 :
Survey membuktikan bahwa terkena sengatan sinar matahari langsung membuat satu dari tiga orang mengalami bersin. Menurut ilmuwan, hal ini dipengaruhi oleh Faktor Genetik.

Fakta 9 :
Sejumlah pakar meyakini bahwa stimulasi sistem parasimpatik tidak hanya membuat orang begitu menikmati hubungan seksual, namun juga bersin setelahnya.

Fakta 10 :
Rekod bersin terlama dimiliki oleh Donna Griffiths dari Worcesthaire, Inggris. Dia mengalami bersin selama 978 hari dengan sekali bersin tiap menitnya.



Read »

Bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan

Bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan – kaedah semula jadi untuk merawat ketumbuhan rahim


Jika anda ingin tahu bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan, maka terdapat beberapa protokol yang mudah anda boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala dan mengurangkan saiz fibroid diri mereka sendiri. Ramai wanita terutamanya mereka yang berada dalam peringkat premenopausal mereka akan cenderung mempunyai fibroid.

Fibroid rahim atau fibromyoma adalah tumor atau ketulan yang terdapat dalam rahim. Mereka yang biasanya tidak berbahaya atau noncancerous. Malah, anda mungkin tidak tahu bahawa anda mempunyai fibroid rahim yang kerana ia tidak menunjukkan gejala-gejala kebanyakan masa.

Estrogen berlebihan dikenali untuk menyumbang kepada pembangunan fibromyoma dan ini adalah salah satu sebab-sebab yang mereka berkembang pada tahun-tahun premenopausal-pada masa itu apabila tahap estrogen yang tinggi.

Walaupun fakta bahawa mereka adalah jarang berbahaya, ramai wanita cuba untuk belajar bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan untuk menghapuskan yang menyakitkan dan sering melemahkan gejala-gejala yang menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Gejala-gejala yang biasa termasuk kejayaan pendarahan, kedatangan haid yang berat, sakit pelvis dan lain-lain. Ia juga boleh menjejaskan dan menolak organ-organ sekitarnya yang lain di dalam badan, terutamanya jika mereka adalah sangat besar atau jika terdapat beberapa ketumbuhan. Kaedah semula jadi adalah satu alternatif yang hebat untuk pembedahan, yang, yang terbaik, biasanya hanya penyelesaian sementara. Kunci untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan adalah untuk menghapuskan punca menyebabkan, KDCA lagi pertumbuhan dan pembangunan.

Mungkin anda telah mendengar mengenai teknik-teknik mengurangkan tekanan atau mungkin telah membaca maklumat dalam talian dan sumber-sumber lain seperti Kesihatan, majalah dan buku-buku kesihatan. Perkara dengan tekanan adalah bahawa ia menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon, khususnya peningkatan tahap estrogen walaupun hormon lain sama ada kekal atau telah berkurangan dalam jumlah. Itu sebabnya walaupun anda tidak lagi di peringkat premenopausal tetapi jika anda sudah berasa tekanan dalam situasi tertentu, anda boleh membangunkan fibroid dalam rahim anda. Ini adalah kerana peningkatan estrogen dalam badan anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah mengurangkan atau lebih baik lagi, menghapuskan tekanan itu dengan melakukan beberapa teknik mengurangkan tekanan seperti yoga, urut terapi, Akupunktur, aroma terapi, meditasi dan visualisasi.

Apabila melihat bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan, anda mungkin telah mencari ubat-ubat herba. Anda boleh cuba menggunakan herba seperti chasteberry, burdock toot dan susu thistle. Ubat-ubatan ini adalah tulen dan semulajadi dan dikenali sebagai rawatan yang berkesan untuk pelbagai penyakit dan komplikasi kesihatan. Terdapat banyak remedi herba yang lebih banyak yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan saiz fibroid rahim anda serta melegakan Sesetengah gejala sakit dan ini adalah terbaik digunakan sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan semulajadi.

Jika anda benar-benar ingin tahu bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan, anda harus memuatkan sehingga buah-buahan yang berwarna cerah dan segar serta sayur-sayuran hijau gelap. Walaupun anda tidak mempunyai fibroid masa ini, buah-buahan dan sayur-sayuran akan mempunyai satu kesan pencegahan. Walaupun kebanyakan fibroid Benigna, beberapa mungkin menyebabkan gejala-gejala dan komplikasi yang tidak diingini. Jika anda sudah mempunyai fibroid dalam rahim anda, diet yang tinggi dalam makanan segar organik iaitu tanpa bahan tambahan boleh sangat berguna.

Jika anda mahu strategi yang dicuba dan diuji untuk membantu anda belajar bagaimana untuk menghilangkan fibroid tanpa pembedahan, maka terdapat satu sistem menyeluruh yang memberi jaminan kepada anda fibroid mengecut dan menghilangkan semua gejala.



*Sumber 

Read »

Wednesday, 16 September 2015

Rawat Resdung Dengan Limau Nipis & Daun Pandan

Rawat Resdung Dengan Kaedah Tradisional

Terdapat pelbagai ubat – ubatan resdung moden dan teknik rawatan yang di perkenalkan oleh individu tertentu yang mengusahakan perniagaan berkaitan kesihatan namun saya nak kongsikan cara-cara kaedah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi yang semestinya tidak menggunakan bahan kimia yang terlarang atau pun berbahaya. Yang paling penting, bahan yang di gunakan adalah murah dan mudah di dapati. Penyediaannya juga lebih mudah dan tidak rumit namun ada syarat dan aturannya agar anda mendapat kesan yang positif.


Cara-cara merawat resdung dengan kaedah tradisional:

Bahan-bahan:
  • 8 biji limau nipis
  • 10 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Bersihkan bahan-bahan tadi terlebih dahulu
  • Mayang atau hiris halus-halus semua daun pandan tadi(macam nak buat bunga rampai)
  • Buah limau nipis tadi di golek di tapak tangan atau di tekan terlebih dulu ke permukaan keras(untuk menghasilkan air limau yang banyak)
  • Hiris ke semua limau itu dan perahkan airnya saja tanpa biji ke dalam piring atau mangkuk
  • Masukkan semua daun pandan yang telah di mayang atau di hiris halus tadi ke dalam air perahan limau tadi
  • Ramas beberapa minit sehingga betul-betul sebati dan air berubah menjadi kehijau-hijauan
  • Tapiskan sehingga hanya tinggal airnya saja.
  • Basuh atau cuci muka anda terlebih dahulu
  • Sapukan air tadi ke wajah anda,elakkan terkena mata atau bibir(anda mungkin merasa sedikit pedih di sebabkan asid yang terkandung dalam buah limau itu)
  • Tunggu hingga wajah anda kering dan sapukan lagi berulang kali
  • Sebaiknya lakukan dalam masa 3 jam kerana hasilnya lebih positif
  • Setelah selesai,cuci muka anda dengan air biasa
*AMARAN!
  • Elakkan atau jauhkan daripada kanak-kanak
  • Kesan pedih yang maksimum namun terkawal
  • Kesan mungkin berbeza setiap individu dan tahap kronik anda
  • Sila rujuk pakar terlebih dulu sekiranya anda ragu-ragu
 *Sumber
 
Read »

Copyright © 2015 i OptiPlus Sihat 4u

Designed by | Distributed By Gooyaabi Templates | Edited Design and developed by Puteri Grocer